Monday, 10 December 2012

10 Jenis Teh Yang Kita Jarang Ketahui

Dalam banyak-banyak minuman yang diminum oleh semua orang, teh ialah satu daripada minuman paling sihat. Banyak tamadun-tamadun seluruh dunia mengamalkan minum teh. Pada umumnya, teh diperbuat daripada daun-daun teh hijau, tetapi ada banyak teh lain dibuat daripada pelbagai jenis daun dan bahan-bahan lain. Kali ni edy nak berkongsi dengan korang 10 jenis teh yang korang semua termasuk edy sendiri tak pernah tahu ada orang minum. Jom kita kenali teh-teh ini satu per satu.



 10 | Kombucha


Kombucha ialah teh Rusia dan ia terkenal dengan rasa masamnya. Ia juga dikenali sebagai teh jeruk atau teh peram. Teh ni dikatakan berasal dari sempadan antara Rusia dan kawasan timur laut China, di mana ia terkenal dengan nama "Manchuria" pada zaman lampau. Teh kombucha ini diperbuat daripada teh hitam manis yang diperam dengan campuran yis dan bakteria. Campuran sebenar masih lagi menjadi tanda tanya. Catatan pernah mengatakan bahawa teh kombucha diperkenal oleh para kelasi yang merantau ke Latvia pada tahun 1911.

[klik SINI untuk lebih lanjut]

9 | Teh Bata Rusia


Kalau korang terfikir teh ini dibuat dengan batu-bata yang besar, imaginasi korang tak terlalu jauh tersasar. Nama teh ini sebenarnya menggambarkan bagaimana teh ini dihasilkan. Debu teh hitam dimampatkan kepada tablet batu keras [yang jugak dikenali sebagai bata teh]. Jika korang mahu menyediakan teh ini, caranya ialah hanya sagat satu sudut teh bata ini ke dalam cawan dan tuangkan air panas. Pada zaman dulu, teh ini merupakan salah satu cara untuk mengangkut teh di Tsarist, Rusia. Masih ada lagi kilang-kilang di Rusia yang menghasilkan teh ini, namun teh bata Rusia ini kian lenyap ditelan zaman. 

[klik SINI untuk lebih lanjut]

8 | Pu-erh


Teh cina yang ini pada dahulunya sangat eksotik, tetapi kini ia dikenali di kalangan para penggemar teh di dunia. Pu-erh ialah daun teh hijau yang menjadi tua secara perlahan dengan menggunakan kulat. Kini kerajaan China hanya mengetahui Pu-erh yang paling asli hanya dihasilkan di provinsi Yunnan sahaja. Pu-erh selalunya didapati dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk daun-daun kering, blok segiempat yang tebal atau berbentuk bulat dan leper seperti sebiji kek. Kalau korang nak tahu, Pu-erh merupakan antara teh paling mahal sekali di dunia. 

[klik SINI untuk lebih lanjut]

7 | Awabancha


Awabancha ialah daun teh hijau yang telah diperam dengan bakteria asid laktik di Pulau Shikoku, Jepun, dan ia menyerupai Laphet iaitu salad jeruk daun teh dari Myanmar. Bagaimanapun, laphet di Myanmar menjadi hidangan, sementara awabancha pula menjadi minuman di Jepun. Apa yang uniknya tentang awabancha ialah proses pembuatannya.

[klik SINI untuk lebih lanjut]

6 | Kukicha


Biasanya tangkai, ranting-ranting dan batang daun teh hijau digunakan sebagai baja di negara-negara lain. Tetapi tidak di negara Jepun. Mereka mengisar kesemua bendasing pada daun teh hijau tersebut untuk menghasilkan teh unik yang diberi nama Kukicha. Aroma dan rasa teh ini juga sangat unik kerana ia dihasilkan menggunakan bahagian-bahagian bendasing daripada daun teh hijau, bukan daunnya. Selalunya, kukicha datang dari kawasan-kawasan Sencha atau Matcha.

[klik SINI untuk lebih lanjut]

5 | Teh Gusti Naga & Harimau


Teh ini sebenarnya ialah campuran sedikit arak dan teh hitam [iaitu teh Pu-erh bukan teh hitam dari negara barat]. Selalunya, kafein dan alkohol dicampur bersama mampu memudaratkan kesihatan jika ia dicampur dengan dos yang berlebihan. Alkohol yang sering dicampurkan dalam membuat Teh Gusti Naga & Harimau [Wrestling Dragon and Tiger Tea] ini ialah brandi. Ia hanya akan dicampur dalam sukatan 1/2 atau 1/4 ke dalam teh yang sedang mendidih. Paling penting untuk masukkan dahulu alkohol kemudian baru masukkan teh, tidak boleh bertukar. 

[klik SINI untuk lebih lanjut]


4 | Pocha


Teh ini sering kali dilihat kebanyakkannya di wilayah Tibet. Teh ini sebenarnya dicampur bersama mentega yak, pengganti susu. Minum teh adalah antara elemen-elemen teras dalam budaya Tibet. Teh pocha ialah minuman panas yang sangat sesuai dihidangkan ketika musim sejuk di Tibet. Teh ini juga memberikan tenaga kalori yang tinggi, dan melindungi bibir daripada merekah kerana ia mengandungi mentega. Walau bagaimanapun, hanya mentega susu yak sahaja yang boleh digunakan untuk membuat teh ini atau hasilnya akan mengecewakan. Di kawasan Bhutan juga terkenal dengan amalan minum teh pocha.

[klik SINI untuk lebih lanjut]

3 | Teh Bawang Putih


Sebenarnya ini adalah salah satu teh yang paling pelik. Oleh kerana bau dan rasanya, tidak ramai yang gemar makan bawang putih mentah-mentah. Selebriti seperti Angelina Jolie mengamalkan minum teh bawang putih menyingkir lebihan lemak selepas beliau bersalin. Bawang putih sering dikaitkan dengan sumber kesihatan, tetapi belum dikenal pasti lagi ia mampu mengurankan berat badan atau meningkatkan metabolisma. Bagaimana ada orang yang mampu minum teh ini, itu masih menjadi misteri kepada diri edy sendiri. Tetapi, sesiapa yang pernah mencubanya, sila berikan komen korang untuk kita kongsi bersama-sama.

[klik SINI untuk lebih lanjut]

2 | Teh Najis Panda


Kalau korang bayangkan, najis beruang panda yang besar itu dimasukkan ke dalam teko teh yang kecil itu, imaginasi korang sudah melampau batas. Teh najis panda bukanlah seperti mana yang korang bayangkan. Teh ini sebenarnya diperbuat daripada daun-daun teh hijau yang membesar menggunakan najis beruang panda sebagai baja. Teh ini juga antara teh termahal di dunia. Ia mampu mencecah harga sehingga $3,500 [RM10,707.97] untuk 50 gram. Kebanyakkan orang minum teh ini sebanyak 3 gram sahaja. Kalau korang nak tahu, najis panda sangat bagus dijadikan baja kerana panda hanya memakan buluh liar dan hanya menyerap sedikit nutrien dalam makanan mereka dan selebihnya dinyahtinjakan [menjadi najis].

[klik SINI untuk lebih lanjut]

1 | Teh Buih Ais Kering


Di Beijing, terdapat sebuah kafe yang menjual teh paling pelik pernah ditemui. Iaitu teh buih ais kering. Korang mesti tertanya-tanya kenapa ia ais kering. Ia disebut sebagai ais kering kerana ia adalah karbon dioksida [CO2] yang telah beku, ia kelihatan seperti ais. Ia dibekukan pada suhu paling sejuk yang pernah diukur pada planet ini iaitu -78.5 °C. Bagaimanapun, jika ais kering disentuh, daging kita akan segera membeku malah mampu memberi kesan terbakar yang amat memedihkan, kerana ia juga dibekukan pada suhu yang paling sejuk. Minuman ini dihidangkan dengan straw yang lebih besar. Minuman ini perlu dihirup, tidak boleh disedut. Dan ia merupakan minuman yang laris di Beijing.

0 comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget