Showing posts with label berita ekslusif. Show all posts
Showing posts with label berita ekslusif. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

SEBAB TERDAPAT PIHAK YANG MENOLAK KEMUNCULAN IMAM MAHDI

Tidak cukup dengan menolak bakal munculnya Imam Mahdi ke dunia ini, sebagian ulama, cendekiawan dan sarjana telah berlebih-lebihan dalam penolakan mereka. Hal ini benar-benar terjadi sehingga mereka mendakwakan bermacam-macam perkara, dari hujah yang dapat diterima oleh akal, hinggalah kepada hujah-hujah yang langsung tidak dapat diterima oleh akal kita yang sihat. Semua ini menunjukkan penolakan yang berlebih-lebihan dan penuh emosi, tanpa dapat memikirkan mana yang benar dan mana yang salahnya lagi. Akhirnya mereka menjadi sesat dan seterusnya coba menyesatkan pula orang lain.

Penolakan ini bermula dari yang sederhana hinggalah kepada yang melampau. Hal ini sebenarnya adalah suatu yang sudah lumrah dalam kehidupan kita sehari-hari, di mana-mana pun jua, pada mana-mana bangsa, pada mana-mana agama pun. Semuanya ada yang bersikap kurang bijak dan tidak menunjukkan kematangan ilmu dan pengalaman.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mereka menjadi demikian, mengeluarkan pendapat yang jauh bercanggah dengan jumhur ulama dan sebenarnya menimbulkan lebih banyak lagi perpecahan pendapat di kalangan umat Islam, antaranya:

1.Rasa rendah diri kepada dunia Barat yang sedang ‘memerintah’ dunia ketika itu. Pertentangan yang amat hebat antara tamadun Islam yang hampir rata dengan bumi dengan tamadun Barat yang sedang marak mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia menyebabkan para cerdik pandai ini mencari-cari kesalahan di dalam umat Islam sendiri. Hasilnya, mereka nampak bahwa kepercayaan kepada munculnya Imam Mahdi adalah salah satu punca yang memundurkan umat Islam. Maka disalahkanlah Imam Mahdi itu kerana menyebabkan umat Islam mundur, dan tamadunnya hampir runtuh.

2.Kurang ilmu agama, tetapi cuba-cuba mencampuri urusan agama. Ini berlaku kepada beberapa orang cerdik pandai terutama di Timur Tengah dan Mesir. Akibatnya mereka terjebak dalam perangkap yang sengaja mereka cari dan masuki. Akibatnya, mereka sampai ke tahap merendah-rendahkan peribadi Rasulullah SAW sendiri, sama ada secara mereka sedar atau tidak sedar.

3.Berlainan akidahnya daripada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mereka ini kebanyakannya adalah dari kalangan pengikut mazhab Syiah. Antara tujuannya adalah untuk menimbulkan ragu-ragu terhadap hadis mengenai Imam Mahdi Ahlus Sunnah dan pada masa yang sama coba menerapkan kepercayaan terhadap Imam Mahdi Syiah mereka pula.

4.Pengaruh persekitaran yang menekan mereka. Ketika itu, umat Islam memang diakui sedang amat lemah dari segala segi. Banyak perbalahan berlaku disebabkan oleh perkara remeh-temeh, khilafiah dan ijtihad semasa. Perbalahan yang berlaku antara pengikut mazhab yang berlainan juga boleh membawa pergaduhan dan pertumpahan darah sesama umat Islam. Antara soal yang sering dipertikaikan termasuklah mengenai diri Imam Mahdi. Kerana itu, mereka berasa perlu mencampuri urusan ini dan mengeluarkan pendapat mereka pula, yang mereka rasakan betul, walhal pendapat merekalah yang sebenarnya pelik-pelik dan ganjil-ganjil.

4.Pengaruh pendidikan sekular yang menguasai jiwa dan pemikiran mereka. Maka berdasarkan logik ilmu sains yang dipelajarinya itulah yang diguna pakai untuk menilai, mengkritik dan menghuraikan konsep Imam Mahdi itu, tanpa menyedari pendapat mereka itu tidak sesuai dengan kaedah penilaian, kritikan dan huraian yang sebenar menurut Islam. Memang menurut kaedah sains, Imam Mahdi adalah sesuatu yang tidak logik.

5.Mempunyai sikap merendah-rendahkan golongan ulama terdahulu yang sudah berjasa besar. Antara ulama besar yang sering dijadikan sasaran adalah seperti Imam Ibnu Hajar, Imam as-Suyuti dan Imam Mahyuddin Ibnu Arabi. Mereka ini sering dijadikan mangsa kerana mereka inilah yang menyatakan secara berani dan tegas pendapat mereka terhadap konsep Imam Mahdi. Banyaklah komen dan kritikan hebat ditujukan khusus kepada mereka ini, seolah-olah si pengkritik itu adalah lebih bijak, pandai dan takwa daripada yang dikritik. Seolah-olah si pengkritik itulah yang lebih bijaksana dan lebih dalam ilmunya.

6.Memandang rendah agama sendiri. Mereka ini memang datang dari golongan yang mendapat pendidikan sekular, berfikiran sekular dan hidup secara sistem sekular yang dipelajarinya itu. Kesannya, mereka sentiasa memandang rendah setiap apa yang disebutkan oleh para ulama terdahulu berhubung soal-soal agama, termasuklah soal Imam Mahdi ini. Mereka malu dengan agama sendiri dan menganggap agama Islam sebagai agama low-class. Tamadun Barat dipandang lebih tinggi daripada agama Islam.

7.Menolak berlakunya karamah kepada para wali. Dalam hadis dan riwayat mengenai Imam Mahdi, perkara keramat kepada Imam Mahdi itu adalah suatu yang lumrah, dan sekali imbas seolah-olah melebihi apa yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana itulah ramai ulama moden hari ini mempertikai kesahihan hadis-hadis tersebut karena tidak bersesuaian dengan hukum syarak dan logik akal mereka. Bolehkah Imam Mahdi itu mendapat suatu keramat yang kehebatan keramat itu tidak pernah diterima oleh sesiapa pun termasuk Rasulullah SAW sendiri? Demikian antara soalan yang sering dijadikan alasan. Seterusnya, hadis-hadis sedemikian ditongsampahkan sahaja oleh mereka, dan periwayatannya dianggap sebagai suatu cerita dongeng semata-mata.

8.Mahukan umat Islam membina kemajuan sendiri yang setanding dengan kemajuan dunia Barat. Jika umat Islam asyik dengan Imam Mahdi sahaja, sampai bila-bila pun mereka tidak akan maju dan akhirnya akan menjadi  pengikut kepada kemajuan yang dicipta oleh Barat. Maka mereka harus melupakan Imam Mahdi dan bangun serentak membina kekuatan dan kemajuan sendiri, yang setanding atau lebih maju dari apa yang sedang dikecapi oleh Barat hari ini, katanya.

9.Mahukan agama dan umat Islam dibersihkan dari sebarang noda dan kekotoran syirik. Mereka mendakwa umat Islam telah secara sedar atau tidak sedar, tercemar akidahnya disebabkan mempercayai Imam Mahdi yang akan muncul suatu hari nanti. Mereka berasa amat sedih atas apa yang berlaku ini dan menentang sekeras-kerasnya karena mau umat Islam bersih semula akidahnya dari sebarang syirik Imam Mahdi itu dan mempercayai konsep Imam Mahdi secara ala kadar sahaja, tak usah lebih-lebih. Menurut mereka, tidak akan ada keramat Imam Mahdi yang zahirnya mampu melebihi dari apa yang pernah diterima oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

10.Sengaja mahu mencari nama dengan menimbulkan isu-isu sensasi. Golongan sebegini tidak ramai tetapi amat berkesan dalam usahanya mempengaruhi kumpulan umat yang lemah iman dan cetek ilmunya. Biasanya usaha mereka ini dapat dihidu dengan cepat dan dibendung lebih awal. Jika tidak dibendung pun, pasti akan musnah bersama-sama musnahnya si pembawa cerita itu. Lazimnya mereka membawa isu-isu yang berbentuk negatif dan memburuk-burukkan Islam melaluinya.

11.Terpengaruh dengan kaedah Zionis yang berjaya menghapuskan kepercayaan munculnya Messiah daripada khayalan hati sanubari bangsa Yahudi, yang akan menyelamatkan dunia ini, dan mereka kembali semula ke dunia nyata, berusaha membina kekuatan sendiri tanpa perlu mengharap kedatangan sang Messiah itu untuk menyelamatkan mereka. Maka mereka cuba menuruti kaedah yang telah terbukti berjaya dilakukan oleh puak sekular Zionis itu, dengan harapan umat Islam tidak lagi hanyut dalam cereka dongeng Imam Mahdi mereka dan kembali semula ke alam nyata. Maksud mereka ialah umat Islam perlu bekerja keras untuk hidup dan maju di dunia ini tanpa memerlukan bantuan daripada Imam Mahdi yang entah bila akan munculnya itu. Demikian anggapan mereka.

Antara yang menolak kemunculan Imam Mahdi secara yang sederhana, bermula daripada Ibnu Khaldun yang menyatakan bahwa hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi itu dhaif belaka, hanya sedikit-sedikit yang sahih. Beliau telah mengkaji sebanyak tiga puluh buah hadis mengenai Imam Mahdi dari pelbagai sudut. Kemudian beliau merumuskan pendapatnya itu dengan menyatakan bahwa Imam Mahdi tidak akan keluar pada akhir zaman. Hadis-hadis mengenai Imam Mahdi tidak sepatutnya diterima oleh seluruh umat Islam, begitulah fahamnya.

Syeikh Mahmud Syaltut, salah seorang Syeikh Al-Azhar, Mesir pernah menyatakan bahwa Nabi Isa AS sudah wafat dan tidak akan turun lagi ke dunia. Beliau adalah anak murid kepada Syeikh Muhammad Abduh, dan fahamannya adalah lanjutan dari fahaman gurunya yang menolak konsep Imam Mahdi dan Nabi Isa AS. Di dalam kitabnya Fatawa, beliau menyangkal kepercayaan tentang turunnya Nabi Isa AS sebagai tanda-tanda besar kiamat. Fahamnya, apabila Nabi Isa AS tidak ada dan tidak turun ke dunia ini, maka Imam Mahdi pun tidak ada juga kerana kedua-dua tokoh ini adalah saling berkait, seperti saling berkaitnya jerami-jerami yang membentuk sehelai tikar. Tidak akan sempurna yang satunya tanpa adanya yang satu lagi.

Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid menyebutkan bahwa, sesetengah penulis (ulama) yang membahaskan segala perkara yang datang dalam soal Al-Mahdi dan Dajjal itu, sebenarnya adalah suatu perkara dongeng yang berasal daripada kisah-kisah Israiliyat. Oleh itu, semua cerita tentang Imam Mahdi hendaklah ditolak bulat-bulat oleh sekalian umat Islam.

Begitu juga Dr. Khalil Haras yang mentashihkan kitab Khasa’is Imam as-Suyuti RH, menyebutkan bahwa semua hadis berkenaan Al-Mahdi itu, tidak ada walau sebuah pun daripadanya yang sah, dengan kepercayaan Syiah tertera jelas padanya. Oleh karena akidah Syiah jelas bercanggah dengan akidah Ahlus Sunnah, menurut beliau, konsep Imam Mahdi ini haruslah ditolak keseluruhannya, sama seperti kita menolak akidah Syiah keseluruhannya.

Syeikh Muhammad Abduh juga dilaporkan pernah menyebutkan bahwa Imam Mahdi itu tidak ada, sambil menolak kemunculannya pada akhir zaman. Dajjal itu tidak ada dan Nabi Isa AS sudah wafat, tidak akan turun lagi ke dunia ini kerana orang yang sudah wafat tidak akan hidup lagi ke dunia ini. Kewafatan Nabi Isa AS sudah dijelaskan oleh al-Quran sendiri, seperti yang terdapat di dalam Surah Ali Imran, ayat 55, katanya.

Anak muridnya, Syeikh Muhammad Rasyid Ridha al-Qalmuni menulis di dalam majalah Al-Manar bahwa, Syeikh Muhammad Abduh ketika ditanya mengenai Dajjal dan Nabi Isa AS, menjelaskan yang Dajjal itu adalah andaian atau bayangan karut dan bohong. Rasyid Ridha juga menyatakan pendapatnya sendiri bahwa tiada nas yang sahih dan tegas tentang turunnya Nabi Isa dari langit. Hal itu hanyalah akidah kepercayaan kebanyakan orang Kristian, dan mereka telah mencuba sepanjang zaman sejak kelahiran Islam lagi untuk menyebarkan akidah itu di kalangan umat Islam.

Dalam kesempatan yang lain, Syeikh Rasyid Ridha menyatakan pula pendiriannya sendiri bahwa kepercayaan terhadap kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman adalah kepercayaan yang berbahaya. Unsur-unsur dongeng adalah jelas sekali di dalamnya. Katanya;

Sekalipun al-Mahdi memang akan muncul, sikap kami tidak mempercayainya tentu tidak menjejaskan iman, sekalipun jika al-Mahdi itu benar-benar mempunyai kuasa luar biasa seperti yang didakwakan.

Syeikh Abdul Mut’al as-Sha’iedi dalam Al-Mujaddidun Fil Islam, menyebutkan bahwa, telah tersebar pada orang-orang Islam pendapat mengenai Imam Mahdi al-Muntazar. Mereka mempunyai hadis-hadis daripada Rasulullah SAW, sedangkan Ibnu Khaldun telah menyatakan dengan lebih lanjut bahwa hadis-hadis itu sanad-sanadnya dhaif, tetapi hadis-hadis itu telah sedia masyhur di kalangan orang Islam.

Abul A’ala al-Maududi al-Hindi diketahui mempunyai dua pendapat berbeda mengenai Imam Mahdi. Pendapat kedua beliau ialah menolak konsep Imam Mahdi dengan menyatakan bahwa;

Tidaklah boleh ditafsirkan bahwa dalam Islam ada suatu jawatan yang dinamakan al-Mahdi, hingga umat Islam wajib meyakininya. Jika tidak, akan terjadi hal-hal yang merosakkan akidah dan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Apa yang sesuai disebutkan berhubung dengan perkara ini ialah bahwa kepercayaan terhadap al-Mahdi bukan sebagian daripada akidah Islam. Tidak ada sebuah pun kitab karangan ulama Ahlus Sunnah menyebutnya (bahwa konsep al-Mahdi adalah soal akidah).

Antara penulis yang bersikap melampau dalam pendapat dan penulisan mereka mengenai Imam Mahdi adalah seperti Syeikh Muhammad Fahim Abu ‘Ubaih dalam kitabnya Naskhatul Asli Bidayah Wan Nihayah, Al-Hafiz Ibnu Kasir, pada bagian Al-Fitan Wal Malahim menyebutkan bahwa,

Kita berjalan mengikut pihak yang mengatakan bahwa keluar Al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa AS, kedua-duanya adalah bayangan bagi kemenangan, kebaikan di atas kejahatan dan Dajjal itu bayangan bagi melampaunya fitnah dan banyak sesat pada sesuatu masa, kemudian akan hapus dengan datangnya kebenaran daripada Allah. Adapun binatang (Dabbatul Ardhi) yang disebutkan oleh Al-Quran bukanlah seperti yang disifatkan oleh riwayat-riwayat hadis yang pelik dan menghairankan. Hanya ia suatu jenis binatang yang melata di atas bumi, membinasakan manusia dan harta benda mereka, ketika manusia itu sedang bermaharaja lela dengan kecelaan. Sebahagian dari binatang itu adalah ham-ham yang membawa kebinasaan dan mengancam harta benda…

Dia menafikan hadis-hadis yang menyatakan bahwa Sayidina Umar RA hendak membunuh Dajjal dari jenis manusia itu dan menafikan erti Dajjal yang Rasulullah SAW perintahkan kita, supaya berlindung daripadanya di dalam setiap tahiyat akhir sebelum salam.

Begitu pula seorang penulis buku-buku sejarah dan peguam sivil di Kaherah, Muhammad Abdullah Annan (atau ejaan Inggerisnya M. A. Enan), menyebutkan bahwa dongeng Al-Mahdi itu bukannya buatan orang-orang Syiah, walaupun mereka turut menggunakannya. Dongeng semacam ini sudah pun ada dan bermula sejak zaman Nabi SAW lagi. Ada beberapa buah hadis yang bermacam-macam jenis, yang menunjukkan dongengnya Al-Mahdi itu, sedangkan hadis-hadis itu disyaki dan banyak dipertikaikan orang. Ada perkataan-perkataan yang dikatakan datang dari satu kumpulan sahabat utama (asar)… seperti juga halnya Al-Mahdi, ada pula Al-Masihul Muntazir, yang ia berasal dari Yahudi dan di dalam Islam ia mempunyai tempat juga, bercampur aduk dengan kisah Al-Mahdi. Dikatakan orang bahwa Al-Masihul Muntazir akan datang selepas datangnya Al-Mahdi atau dia datang bersama-samanya dan dia berimam dengannya.

Di dalam bukunya yang bertajuk Detik-detik Menentukan dalam Sejarah Islam, beliau yang menganggap kepercayaan terhadap Imam Mahdi itu sebagai dongeng yang dipercayai oleh umat Islam. Beliau bersikap amat sinis terhadap tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang percaya kepada konsep Imam Mahdi, terutamanya al-Kindi dengan menyatakan,

“Suatu keterangan yang ganjil daripada seorang tokoh filsuf yang berfikiran liberal.”

Di sini, Muhammad Abdullah Anan telah melakukan banyak kesalahan, dari yang besar hinggalah kepada yang kecil. Yang besarnya ialah dia menuduh Nabi kita SAW membiarkan berlakunya dongeng Al-Mahdi pada zaman baginda itu, dan menuduh para sahabat yang utama menyebarkan dongeng Al-Mahdi. Kemudian dia mengecam pula secara borong para ulama yang percaya kepada kemunculan Imam Mahdi. Kalau ikutkan mazhab Maliki, Muhammad Abdullah Anan itu hendaklah dihukum pancung kerana menuduh Rasulullah SAW cuai semasa menyampaikan ajaran Islam sehingga ada cerita-cerita dongeng yang dibiarkan begitu sahaja tanpa baginda tegah.

Yang kecilnya, beliau begitu prihatin terhadap cendekiawan lain yang percaya kepada kemunculan Imam Mahdi, lalu disindirnya habis-habisan seolah-olah kepercayaan sebegitu adalah suatu kesalahan yang besar dan tidak akan diampunkan oleh Tuhan. Atau mungkin beliau mempercayai ketokohan dan kecendekiawanan al-Kindi itu telah tercemar teruk akibat beliau percaya kepada kemunculan Imam Mahdi. Kerana itu, beliau pun berusaha menunjukkan kepada seluruh orang Mesir bahwa al-Kindi telah tersilap percaya dalam kes ini. Atau dia sendiri merasakan dirinya sudah cukup cerdik sehingga setaraf dengan al-Kindi, sebab itulah dia boleh membangkang apa sahaja yang dirasakannya tidak kena dengan pemikiran al-Kindi itu.

Sebagai seorang peguam yang terkenal, beliau sepatutnya tidak ikut campur tangan dalam perkara yang bukan menjadi bidang tugasnya. Beliau adalah seorang sarjana yang datang dari lulusan undang-undang sivil, bukannya dari kalangan yang berpendidikan agama yang tinggi, dan beliau pun tidak pernah begitu mendalami perkara yang cuba diterokanya itu. Hanya dengan mendengar-dengar sahaja beberapa aspek mengenai Imam Mahdi, beliau terus sahaja membuat kesimpulan, tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang lebih berwibawa. Maka jadilah beliau seperti tikus yang cuba membaiki labu.

Syeikh Abdullah bin Zeid, Yang Dipertua Mahkamah Syariah dan Hal Ehwal Agama Qatar, pernah menulis di dalam kitabnya Majmu’ ar-Rasail yang (terjemahannya) berbunyi kira-kira begini,

"Para penyokong konsep al-Mahdi mendakwa bahwa al-Mahdi akan membawa keamanan dan keadilan di dunia dalam tempoh tujuh atau sembilan tahun. Apakah ini berarti bahwa al-Mahdi akan dibantu oleh kuasa luar biasa atau mukjizat?

Apakah al-Mahdi akan mendapat bantuan daripada malaikat atau dari para jin, seperti pertolongan yang didapati oleh Nabi Daud AS?

Apakah al-Mahdi itu lebih mulia dan lebih agung daripada Nabi Muhammad SAW yang selama 23 tahun berjuang menegakkan agama Allah dengan bantuan mukjizat al-Quran dan mendapat kecederaan di kepalanya sedangkan kejayaannya terbatas di jazirah Arab sahaja?

Secara jujur saya katakan bahwa saya adalah salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW dari Hasan bin Ali. Andainya pada hari ini ada seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, berdahi luas, berhidung mancung, tinggi, (lalu) mengaku sebagai al-Mahdi, sayalah orang yang pertama menentangnya kerana saya yakin dia adalah pendusta yang ingin mencemar kesucian agama Islam."

Selain golongan yang menolak terus kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini, ada pula segolongan lain yang menyatakan bahwa hakikat Mahdi yang dimaksudkan itu tidak berbentuk manusia. Mahdi itu mungkin hanya berbentuk hasil perjuangan seluruh umat Islam. Syeikh Muhammad Ali az-Za’bi, seorang ulama dari Lubnan menyatakan (terjemahannya) kira-kira begini:

"Walaupun pendapat mengenai al-Mahdi itu berbagai-bagai, masing-masing pihak bersetuju mengatakan bahwa ia adalah satu bentuk bantuan yang akan datang agar para pejuang Islam yang lemah tidak putus asa… Tidak penting bagi kita sama ada bantuan itu berupa seorang manusia atau berupa hasil perjuangan kita, karena kita telah bersepakat bahwa kedatangannya sebagai pelaksana ajaran-ajaran Allah. Adalah menjadi kewajipan kita berusaha melaksanakannya agar kita dapat menikmati kedatangan al-Mahdi itu walaupun ia mungkin datang dalam bentuk bukan manusia…"

Di negara kita sendiri, ramai cendekiawan Islam hari ini yang menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap konsep Imam Mahdi. Salah seorang yang kuat menentang konsep Imam Mahdi ini adalah Prof. Madya Dr. Abdulfattah Haron Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah merumuskan bahwa amalan tarekat sebenarnya tidak ada dalam Islam, samalah seperti konsep Imam Mahdi yang juga tidak wujud dalam akidah Islam. Pendapatnya ini dibentangkan oleh beliau dalam kertas kerjanya di Simposium Falsafah Islam, pada bulan Disember 1988.

Beliau turut menolak semua andaian di dalam buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam yang ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad mengenai pengasas Aurad Muhammadiah atau tarekat Muhammadiah. Beliau turut memetik pendapat Ibnu Khaldun dan secara tegas menyatakan bahwa konsep Imam Mahdi adalah datang dari pengaruh Syiah dan falsafah Neoplatonisme. Secara umumnya, daripada penolakan kedua-dua masalah berkenaan, beliau sebenarnya telah menolak konsep Imam Mahdi dan tarekat sekali gus.

Di sini, beliau kelihatan lebih dipengaruhi oleh pendapat Ibnu Khaldun dan Wahabi yang mengikut pendapat Ibnu Taimiyah. Ibnu Taimiyah, seperti diketahui, menolak sama sekali konsep tarekat dalam Islam dan menolak juga konsep Imam Mahdi. Sayangnya, pendapat profesor madya ini amat berat sebelah. Beliau hanya memasukkan pendapat orang yang menentang konsep Imam Mahdi, tanpa menyentuh langsung pendapat ulama-ulama muktabar yang yakin dengan konsep Imam Mahdi ini.

Selain beliau, ramai lagi cendekiawan Islam yang menolak konsep Imam Mahdi ini. Hanyalah nama mereka adalah nama-nama kecil, maka pendapat dan nama mereka kuranglah terserlah. Jika dikenali pun, hanyalah di dalam kelompok yang lebih kecil dan tidak menonjol sangat. Oleh itu, pendapat mereka dianggap hanya menumpang pada pendapat tokoh-tokoh cendekiawan lain yang lebih terkenal. Berbeda dengan ulama pondok, kebanyakan mereka percaya kepada konsep Imam Mahdi, dan mereka juga lazimnya berpendapat bahwa masalah ini adalah perkara yang diikhtilafkan oleh para ulama Islam sejak dahulu.

Demikianlah beberapa nama yang sudah tercatat di dalam sejarah umat Islam sebagai golongan yang sudah berlebih-lebihan dalam penentangan mereka terhadap kemunculan Imam Mahdi, Nabi Isa AS dan Dajjal. Sikap seperti ini amat tidak digalakkan oleh Islam, kerana aspek ilmu yang sebenar-benarnya dan tujuan mendapatkan kebenaran hendaklah diletakkan di hadapan sekali, melebihi daripada sebarang kepentingan peribadi.

Sikap seperti ini hanya akan membawa lebih banyak perpecahan di kalangan umat Islam, memanjangkan pertelingkahan, menambahkan lagi retak persaudaraan yang telah pun sedia retak, dan amat menggembirakan hati musuh Islam yang sebenarnya bertempik sorak kegembiraan di belakang kita, tanpa kita sedari. Sikap yang penuh emosi seperti ini hendaklah dielakkan sungguh-sungguh daripada diri kita semua.

Apa dan siapa yang mereka tentang sebenarnya? Kenapa mereka menentangnya? Ada beberapa  golongan yang mereka tentang dan ada beberapa sebab mereka menentang masalah Imam Mahdi ini. Antara golongan yang mereka tentang itu adalah hadis-hadis Rasulullah SAW itu sendiri. Mereka menentangnya kerana beranggapan hadis-hadis itu dhaif dan patut ditentang sepenuhnya. Jangan percaya walau kepada sebuah hadis pun. Begitulah kehendak hati mereka sebenarnya.

Jika seseorang itu mengingkari kemunculan Imam Mahdi semata-mata dengan alasan bahwa hadis-hadisnya dhaif, maka hal itu bolehlah kita berlapang dada dan menganggapnya sebagai tidak apa-apa. Tetapi jika penolakannya itu dibuat dengan pengingkaran secara mutlak dan dikaitkan pula dengan hal-hal lain yang sebenarnya lebih berupa zanni, ditolak secara melampau-lampau, semata-mata dengan menggunakan logik akal mentahnya dan malah kadang-kadang alasannya tidak logik, maka penolakan itu hendaklah ditentang

Tidak sepatutnya penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu perkara itu dilakukan secara terburu-buru, terlalu mengikut nafsu, dengan penuh emosi terhadap pihak yang satu lagi, menghina dan merendah-rendahkan pendapat pihak yang tidak sependapat dengannya dan terlalu membesar-besarkannya sehingga menjadi berlebih-lebihan pula, maka semuanya itu adalah tidak selari dengan semangat dan roh yang dikehendaki oleh Islam. Sepatutnya kita bersikap sederhana dan meraikan pendapat pihak lain, kerana itulah ilmu yang ada pada mereka dan itu jugalah keyakinan mereka.

Golongan kedua yang mereka tentang adalah umat Islam sendiri, iaitu yang percaya kepada kemunculan Imam Mahdi itu. Umat Islam yang percaya ini ditentang karena kononnya mereka terlalu mudah percaya kepada sesuatu perkhabaran, sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dan tidak mendapat bukti yang benar-benar kukuh. Golongan ketiga yang mereka tentang adalah dari kalangan ahli tasawuf atau ahli sufi yang begitu yakin dengan konsep Imam Mahdi dan membawa pula beberapa cerita yang langsung tidak masuk dek akal. Sudahlah hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu dhaif, mereka ini bawakan pula cerita-cerita yang lebih berbentuk fantasi. Akhirnya umat Islam terus diselimut oleh khayalan-khayalan yang menyebabkan mereka terus mundur berbanding umat Barat.

Timbul satu lagi pertanyaan baru. Jika semua hadis mengenai Imam Mahdi dan Nabi Isa AS ditolak oleh ulama gerakan tajdid seperti Muhammad Abduh, Rasyid Ridha dan al-Maududi, apakah ini bererti bahawa mereka juga menolak semua hadis yang menyebutkan alamat-alamat besar kiamat? Sebahagian besar dari alamat kecil kiamat sudahpun berlaku, malah ramai percaya bahwa semua alamat kecil kiamat seperti yang disabdakan oleh baginda SAW itu sudahpun benar-benar berlaku. Yang belum berlaku lagi hanyalah tanda-tanda besarnya sahaja.

Jika semua hadis mengenai Imam Mahdi dan Nabi Isa AS ditolak, maka tanda-tanda lain juga banyak yang harus ditolak sama seperti Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari sebelah barat, datang api, dimatikan semua orang Islam oleh angin sejuk dan dikumpulkan manusia di Syam. Dan berdasarkan bukti-bukti pembacaan yang pernah diterima, memang mereka secara halusnya menolak kemunculan tanda-tanda besar di atas kerana tidak ada disebutkan di dalam al-Quran.

SUMBER

Friday, 23 November 2012

Tahukah Anda 32 Perkara Rahsia Israel Disembunyikan???

Berikut ialah 32 Rahsia Israel yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita untuk menentang negara itu dan beberapa isu kontroversi yang masih hangat diperkatakan masa kini.

1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?
 
4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar ‘dana’ kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?


Pesanan Buat Pejuang Islam Dari Medan Al-Qadisiyyah


"Kepahlawanan Saad bin Abi Waqqas tertulis dengan tinta emas saat beliau memimpin pasukan tentera Islam menentang tentara Parsi Majusi pada masa lampau di Medan Qadissyah, Iraq. 

Peperangan Qadisiyyah merupakan salah satu peperangan terbesar yang belum pernah terjadi sebelumnya di Iraq. Sejumlah kisah keberanian dan pengorbanan yang mendebarkan hati menghiasi insiden bersenjata ini.


Peristiwa monumental tersebut berlangsung pada tahun 14 H, iaitu pada zaman khalifah Umar bin al Khaththab R.A. Umar telah memerintahkan Saad bin Abi Waqqas bersama 30 000 pasukannya, berangkat menuju Qadasiyyah. Umar kemudiannya turut melaungkan tekadnya, "Demi Allah, aku akan mempertemukan penguasa bukan Arab dengan penguasa-penguasa di kalangan Arab."

Di antara mereka yang menuju ke medan Qadisiyyah terdiri daripada sembilan veteran perang Badar, manakala 300 pasukan yang lain pernah ikut serta dalam ikrar Bai'at Ar Ridhwan di Hudaibiyyah, dan 300 di antaranya mereka yang lain pernah mengikut serta dalam memerdekakan Makkah (peristiwa Fathu Makkah) bersama pimpinan Rasulullah S.A.W. Manakala yang berbaki adalah putera-putera Para Sahabat, dan ribuan wanita yang ikut serta sebagai perawat. Untuk mengekang pasukan tentera Muslim yang hadir ini, pasukan Parsi telah bersiap untuk bertempur dengan jumlah tentera 120 ribu orang dibawah panglima perang kawakan mereka, Rustum. 

Sebelum tentera Islam menghadapi tentera Parsi di medan al Qadisiyyah, Khalifah Umar al Khattab R.A telah mewasiatkan pengajaran yang berguna buat kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas R.A,


"Sesungguhnya aku memerintahkanmu dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah Taala dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita."

Di dalam Bidayah wan Nihayah Ibn Kathir mencatatkan, "Apabila bertembungnya dua bala tentera (Islam pimpinan Saad ibn Abi Waqqas dan Parsi pimpinan Rustum di medah al Qadisiyyah) Rustum mengutus utusan kepada Saad supaya dihantar kepadanya seorang yang bijak dan tahu menjawab soalannya. Lalu Saad mengirim al Mughirah ibn Syu'bah R.A".

Apabila al Mughirah ibn Syu'bah tiba, Rustum terus berkata kepadanya, "Kamu jiran kami. Kami telah bersikap baik kepada kamu. Kami menahan diri dari menyakitkan kamu. Pulang ke negeri kamu dan kami tidak akan menghalang kamu datang berniaga ke negeri kami."


Panglima Al Mughirah menjawab, "Kami bukan mencari dunia. Keinginan dan tuntutan kami adalah akhirat. Allah Taala telah mengirimkan seorang utusannya kepada kami dengan membawa pesanan (( Aku serahkan kepada kumpulan ini untuk menguasai setiap orang yang tidak beragama dengan agamaku (agama Islam) dan aku menghukum mereka melalui kumpulan ini. Aku tetap memberi jaminan bahawa kemenangan menjadi milik mereka (umat Islam) selama mana mereka berikrar dengan perkara ini (hukum-hukum Islam). Ia (Islam) adalah agama kebenaran. Sesiapa yang membencinya pasti dihina. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya pasti mulia."

Rustum bertanya, "Maka apa dia sebenarnya?"

Al Mughirah menjawab, "Asas perjuangan kami ialah kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad adalah Rasulullah S.A.W dan memperakui apa jua yang dibawa dari Allah Taala."

Rustum menjawab, "Alangkah baiknya perkara ini! Apa lagi?"

Al Mughirah menjawab, "Membebaskan hamba-hamba dari penyembahan kepada sesama hamba kepada penyembahan kepada Allah."

Rustum menjawab, "Ini baik juga. Apa lagi?"


Al Mughirah menjawab, "Ke semua manusia adalah anak-anak Adam. Mereka semua bersaudara dari satu bapa (Nabi Adam) dan satu ibu (Hawa)."

Rustum menjawab, "Baik juga. Adakah jika kami masuk agama kamu, apakah kamu akan kembali dari negeri kami?"

Dia menjawab, "Demi Allah. Kami tidak mendekati negeri kamu melainkan untuk urusan muamalah dan apa-apa hajat."

Apabila al Mughirah keluar, Rustum berbincang dengan kumpulannya tentang masuk Islam, namun mereka enggan menerima.

Ibn Kathir seterusnya mencatat, "Kemudian Saad bin Abi Waqqas kembali menghantar seorang lagi utusan dengan permintaan darinya iaitu Rub'ie ibn 'Amir".


Mereka bertanya, "Khabar apakah yang membawa kedatanganmu ke sini?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Allah mengutuskan kami untuk membebaskan dunia penghambaan sesama hamba kepada penghambaan diri kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Dia utuskan kami agamanya untuk kami mengajak manusia kepadanya. Sesiapa yang menerimanya kami menerimanya dan kami kembali darinya. Sesiapa yang enggan kami peranginya sehingga kami kembali kepada janji Allah Taala (sama ada mati syahid ataupun mencapai kemenangan)."

Mereka bertanya, "Apa dia janji Allah itu?"


Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Syurga bagi yang mati berperang dan kemenangan bagi yang hidup."

Rustum berkata, "Aku telah dengar ucapanmu. Apakah kamu boleh tangguhkan urusan ini sehingga kami boleh bertenang memikirkan tawaranmu dan kamu juga bertenang menanti jawapan kami?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Ya. Berapa lama kamu mahu? Sehari atau dua hari?"

Rustum menjawab, "Kamu perlu tunggu sehingga kami selesai menulis surat kepada penasihat-penasihat dan wakil-wakil kerajaan kami."


Rub'i ibn 'Amir berkata, "Kami tidak diajar untuk menangguhkan musuh ketika bertempur lebih dari tiga hari. Selesaikan urusan antara kamu dan mereka itu segera."

Rustum bertanya, "Alangkah tegasnya kamu, adakah kamu ini ketua tentera Islam?"


Rub'i ibn 'Amir menjawab, "Tidak. Tetapi umat Islam itu seperti satu jasad. Orang yang paling lemah dilindungi oleh orang paling kuat (tiada sikap zalim-menzalimi antara satu sama lain)."


Kemudian Rustum bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya dan berkata, kata Rustum, "Adakah kamu dapat melihat manusia lebih berwibawa dan lebih bijak dari kata-kata lelaki ini (Rub'ie ibn 'Amir)?"

Mereka menjawab, "Mengapa kamu berkata demikian? Adakah kamu mahu cenderung kepada agama dia ini (agama Islam) dan meninggalkan agama nenek moyang kita. Engkau tidak lihat bajunya?"

Rustum menjawab, "Celaka kamu. Jangan lihat kepada bajunya (yang kusut-masai), tetapi lihatlah kepada pendapat, percakapan dan keperibadiannya. Orang Arab memang bermudah-mudah dalam hal pakaian dan makanan, namun mereka menjaga maruah dan keturunan." - Rujuk "al Bidayah Wan Nihayah" Jilid 9 Halaman 621-623.


Peperangan al Qadisiyyah berakhir pada tahun 15 H dengan kekalahan tentera Parsi.

Thursday, 22 November 2012

PENDEDAHAN EKSLUSIF!!! PIRAMID MELAYU

Terkejut jugak aku bila terbaca artikel ni.. betul ke Malaysia ada piramid.. jom kita sama-sama baca artikel ni sampai habis dan sama-sama fikirkan kesahihan cerita ni.. jikalau benar, nusantara ni bukanlah suatu daerah yang biasa tetapi memang dah dikenali sudah lama dan disanjungi..jom baca dan nilai sendiri kesahihannya.. bagi yang rajin tu selidik la dengan lebih mendalam dan cerahkan lagi persoalan ni...apa salahnya berkongsi benda-benda macamni..

''Selamat bertemu kembali. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.
 
Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.

SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN

Saya bukanlah pakar hadis. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti. Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?

Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :

“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan. Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear. Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka. Padinya berbuahkan emas.

Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak. Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian. 

Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini. 

Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha. Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

PYRAMID MELAYU

Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu. Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut. Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.

Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut. Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.

Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya. Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya. Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.

Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu. Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.

TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL “SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam) 

Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.

Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu. Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja? Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?

Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia. Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini. Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.

Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik. Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal. Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE).

Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.
PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA. Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun. Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.

Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat. Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza. Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.

PYRAMID-PYRAMID LAIN

Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah. Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus. Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.

BESI ANEH

Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor. Yang aneh sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna. Aneh sekali kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear. Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?

Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.
Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……''