Sunday 2 December 2012

Betul Ke?? : Apakah Lanka Ravana, Apa Kaitannya Dengan Langkawi?

Masa aku duduk melepak dengan kawan-kawan aku dulu...ada la kawan aku dok cerita pasal cerita Merong Mahawangsa... dia kata cerita tu banyak diselewengkan dari fakta asal... betul ke???.. jadi, aku pun balik search (cari) dalam internet,, tapi aku jumpa artikel ni... betul ke semua cerita dan kajian yang individu ni buat.. jom sama-sama baca..
Bismillah
Bagi yang ingin membaca HMM asal, ia berada dalam arkib blog April 2011 (Bab 1 hingga 14). Pencarian pertama saya tentang cerita Nabi Sulaiman a.s. dalam HMM bermula dari pos ‘Mengapa HMM asal perlu didedahkan’ hingga pos ‘HMM: Senjata dakwah yang difitnah penjajah I dan II’. Pencarian kedua bermula dari ‘Pra’ Ong Mahawangsa atau Maharaja Derbar Raja ialah nama Sultan Muzaffar Shah sebelum Islam’ hingga pos ini.
(Perhatian: Saya telah menambah sedikit lagi bukti di pos sebelum ini. Harap maklum).

Kedah Zamin Tauran
Kita berbalik ke perkataan ‘Thaninthary’/ Tenasserim iaitu Tenang Sari. Jika dilihat dalam sejarah Kedah Pra Raja-Raja Parsi,Tenang Sari Burma telah menyerang Kota Arung-Arungan Kedah ketika Kedah di bawah pemerintahan Maha Derma Raja yang saya rasakan ialah Sri Dharmaraja bagi tempat bernama Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja).

Sesuai dengan sangkaan saya itu, dalam buku Common Law Abroad oleh Jerry Dupont m.s. 620 iaitu pada tajuk Burma,perkataan Kedah ditulis sangat hampir dengan Nakhon Si Thammarat ini;




Kota Arung-arungan yang diserang oleh Tenang Sari/ Tenasserim itu besar kemungkinan bukanlah terletak di Kedah, Perlis atau Pulau Pinang sekarang ini tetapi terletak di Segenting Kra yang ketika itu berada di bawah jajahan Kedah.
Oleh itu bolehlah kita simpulkan bahawa keluasan Kedah suatu ketika dahulu (yang dipanggil Kedah Zamin Tauran dalam HMM) mungkin mencakupi seluruh Segenting Kra. Ini disokong pula oleh cerita dari saudagar-saudagar Arab pada masa dahulu yang mengatakan pelabuhan Kedah suatu ketika dahulu terletak di Takuapa, Thailand.

Kisah pembukaan Langkasuka hingga ke Benua Siam di cerita dalam HMM
Bab 7, m.s.49; ‘…sudahlah tetap anakanda baginda yang tua itu di-atas kerajaan negeri Benua Siam.’
Apabila raja menghantar anakandanya yang tua ke sesuatu tempat, ini bermakna raja tersebut mahu meluaskan tanah jajahannya. Anakandanya yang kedua dihantar ke Perak, dan yang perempuan dihantar ke Petani/Pattani. Maka terbitlah cerita di Pattani tentang ‘Queen of Langkasuka’. Ketika itu abangnya yang dihantar ke Siam sudahpun menjajah Pattani dan hanya menunggu adiknya datang menjadi Raja/Queen. Cerita tentang Raja perempuan ini datang menaiki gajah juga terdapat dalam cerita-cerita nenek moyang di Pattani.

Walaupun anak-anak raja Langkasuka telah membina kota istana lain di tempat baru, ini tidak bermakna Kota Langkasuka Raja Merong terletak di Pattani atau tempat lain itu. Ia tetap berada di timur Gunung Jerai. Mereka hanya meluaskan Kerajaan Langkasuka.
Menurut kronologi setakat ini, Raja Merong seharusnya sudah tahu nama tempat ini adalah Lanka semasa baginda membukaLangkasuka. Baginda meletakkan nama ‘Langkasuka’ mungkin kerana ingin membezakan antara ‘Langkapuri’ dan ‘Langkasuka’.

Lanka ialah Langkawi
Kita lihat semula ayat-ayat dalam Hikayat Merong Mahawangsa untuk membuktikan bahawa Lanka Raja/Dewa Ravana ialah Langkapuri iaitu Langkawi.
Bab 2, m.s. 3, ‘ Sa-bermula maka tersebut-lah perkataan pulau Langkapuri itu, sa-lama peninggal perang Seri Rama dan Anduman jadi sunyi-lah pulau itu, tiada siapa2 duduk.’
Sekarang mari kita lihat ayat-ayat tentang kejadian yang menimpa anak raja Rum sehingga baginda terdampar di Langkapuri bagi membuktikan Langkapuri itu ialah Langkawi;



Kebetulan saya terjumpa peta di davidrumsey.com yang menulis Phuket sebagai Salang. 




Dalam peta ini ‘Malay peninsular’ di tulis di Segenting Kra yang selama ini kita diajar ianya bermaksud Semenanjung Malaysia.
Kedudukan Langkawi sebagai Langkapuri dalam HMM sesuai sekali dengan penceritaan tentang kejadian itu. Maka, tidak syak lagi,Langkapuri yang dimaksudkan itu ialah Langkawi.
Dari segi nama-nama tempat di sekitar perairan ini pula, ia nampaknya sesuai dengan nama mereka yang terlibat dalam peperangan antara Dewa/Raja Raksasa(Ravana) dengan Dewa/Raja Rama yang dibantu oleh Anduman(Andaman - Kepulauan Andaman)/ Hanuman - Raja Monyet/Kera/(Kra - Segenting Kra) dan Raja Garuda/RatchaKrut.



Inilah antara kekeliruan yang timbul kepada mereka yang cuba memahami kitab Veda. Lanka kadangkala disebut sebagai sebuah pulau tetapi ada kalanya sebagai dataran yang luas. Yang pasti, ianya sangat jauh dari India; bukan di Sri Lanka. Apabila Lankayang dimaksudkan ialah Lankapuri, sudah tentulah ia sebuah pulau dan jika Lanka yang dimaksudkan ialah Langkasuka, ia adalahtanah dataran yang luas.

Garuda
Selain itu, burung Helang di Langkawi yang dinamakan ‘Brahminy kite’ mempunyai ciri-ciri seakan ‘Garuda’;



Pulau Andaman

Pulau Andaman pernah dijadikan tempat membuang mereka yang dianggap ‘pengganas’ oleh British;




Ini ialah satu lagi bukti penjajah Eropah mempunyai agenda yang tidak baik di perairan ini. Mungkinkah mereka yang diburu di Chittagong, Dhaka dan lain-lain juga dihantar ke sini? Dikatakan sejurus selepas British membuat penempatan di sana pada 1789, penduduk asli di Andaman menderita penyakit teruk sehingga menyebabkan banyak kematian. Pada tahun 1931, salah satu kaum asli iaitu kaum Jangir menjadi pupus.

Dhanyawadi , Arakan, Myanmar disembunyikan

Kita ke topik lain pula iaitu tentang mengapa Dhanyawadi disembunyikan. Burma/Myanmar bertegas mengatakan patung Buddha yang dinamakan Mahamuni dibina semasa Gautama Buddha hidup iaitu sekitar kurun ke-5 SM. Putera Siddharta Gautama Buddha dikatakan datang sendiri ke Dhanyawadi semasa patung itu dibina
.
Para arkeologis mempertikaikan pendapat ini kerana jika dibanding di seluruh dunia, tidak ada satupun patung Buddha dibuat sebelum kurun pertama masehi. Para arkeologis menjangkakan patung Mahamuni itu dibuat oleh Raja Chandra Suriya sekitar kurun pertama masehi. Jika benarlah Buddha hidup sekitar kurun ke-5 SM, ini menunjukkan penganut Buddha tidak menyembah patung selama 600 tahun selepas kematiannya. 

Contohnya di Afghanistan dan Pakistan, walaupun terdapat patung-patung Buddha, ia hanya dibina pada pemerintahan Empayar Kushan sekitar kurun pertama Masehi. Patung tidak dibina di zaman Empayar Maurya di bawah Raja Ashoka yang dikatakan telah menganut agama Buddha.



Patung Buddha juga tidak dibina di utara Afghanistan dalam pemerintahan Empayar Bactria iaitu satu empayar Yunani;




Patung Buddha di Lembah Bamiyan, Afghanistan diukir pada penghujung pemerintahan Empayar Kushan iaitu sekitar kurun ke-5 Masehi. Pada pemerintahan Empayar Pala, Afghanistan dan Pakistan sudahpun berada di bawah Kerajaan Islam.Kerajaan Pala bermula di Bengala (Bangladesh sekarang).



Setakat ini tidak ada patung Buddha dijumpai di Tamadun Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Uniknya, walaupun Monumen Sungai Batu telah dibina sekitar kurun pertama masehi, strukturnya amat berbeza berbanding monasteri/vihara Buddha lain di seluruh dunia;






Oleh yang demikian, samada Gautama Buddha benar-benar hidup sekitar kurun ke-5 SM atau tidak, samada patung-patung dibina pada zaman itu atau tidak serta bukti-bukti lain hanya boleh diketahui sekiranya Dhanyawadi diekskavasi oleh para arkeologis. Mungkinkah ajaran Siddharta Gautama adalah Tauhid/ Monoteisme? WAllahua’lam

Alam Jin
Umum mengetahui perbezaan ketara antara agama Islam dan Kristian ialah penganut Kristian percaya kepada konsep ‘Trinity’ iaitu adanya Tuhan bapa(Allah), Tuhan anak(Jesus) dan Ruh kudus sedangkan Islam percaya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’.
Sebenarnya terdapat satu lagi perbezaan besar yang jarang diketengahkan iaitu penganut Kristian tidak percaya kepada ‘alam Jin’. Alam Jin langsung tidak ditulis dalam Kitab perjanjian lama dan baru. Mereka hanya didedahkan kepadasyaitan/Satan/Demon/ghost yang mereka anggap sebagai ‘dark angels’/malaikat jahat.

Terdapat banyak ayat dalam Al-Qur’an yang menerangkan tentang Jin malah Surah 27 bernama Surah Al-Jinn. Cerita tentangNabi Sulaiman a.s. berkata-kata dengan Jin dan burung hud telah diceritakan oleh Allah SWT dengan panjang lebar dalamSurah 27. An-Naml dari ayat 15 hingga 44. Antaranya ialah ayat 38 dan 39 yang bermaksud;
‘Dia (Sulaiman) berkata, “Wahai para pembesar! Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku menyerah diri?” ’
‘ ‘Ifrit dalam golongan Jin berkata, “Akulah yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu; dan sungguh, aku kuat melakukannya dan dapat dipercaya.” ’

Penjajah Eropah datang ke Nusantara dengan 3 tujuan utama iaitu ‘Glory, Gold, God’. Oleh kerana alam Jin telah ‘disembunyikan’ dari mereka, maka HMM yang menceritakan tentang Nabi Sulaiman a.s., Garuda dan Jin, tentulah tidak masuk akal pada mereka. Untuk menegakkan agama Kristian, dengan mudahlah mereka mengatakan ia adalah mitos dan dongeng semata-mata. Oleh itu, sebagai umat Islam, janganlah kita membuta-tuli mengiyakan pandangan mereka tanpa meneliti dari sudut Islam, bukan sudut sastera ataupun sejarah semata-mata.

Paling menyedihkan, terdapat pula umat Islam Melayu yang tidak percaya tentang kewujudan alam Jin seperti penganut Kristian! Ini mungkin kesan dari penjajahan minda yang dilakukan mereka terhadap umat Islam. Mereka ini percaya kepada ‘ghost’yang diterjemah sebagai ‘hantu’ sedangkan ‘hantu’ adalah sebenarnya jelmaan jin. Selain itu, ada pula umat Islam yang meminta bantuan Jin dengan nama seperti ‘Pendinding’, ‘Pendamping’ dan sebagainya. Ini menambah kesesatan kepada umat Islam seperti dalam Surah 72. Al-Jinn; Ayat 6 yang bermaksud;

‘ dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari Jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat.’
Asbabun Nuzul ayat 6
Abu Raja’ berkata bahawa orang-orang jahiliah sering berdoa, “Kami berlindung kepada jin, penguasa lembah ini.” Namun, salah seorang berkata bahwa jalan untuk meraih keselamatan adalah bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah RasulNya. Siapa yang bersaksi demikian, harta dan keselamatan jiwa orang yang mengucapkannya pasti aman. Kemudian turunlah ayat ini. (HR Ibnu Saad. Lihat Ibnu Katsir:6/188-189 dan Ibnu Saad dalam ath-Thabaqat: 7/139)

Sebenarnya ini adalah antara perkara-perkara kecil yang dilakukan penjajah Eropah terhadap orang timur. Oleh kerana permasalahan lebih besar merangkumi hikayat-hikayat Melayu lain, saya rasa tidak wajarlah saya meneruskannya di blog HMM ini.
Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk menulis sebuah buku bertajuk ‘Membongkar Misteri Hikayat Melayu’ atas nama pena ‘Fakir’. Saya akan beritahu di sini kelak apabila buku itu telah berada di pasaran. InsyaAllah.

Saya akhiri blog ini dengan sedikit pesanan kepada semua; Iman tidaklah dapat diwarisi dari seorang ayah kepada anaknya tidak kira samada ayahnya seorang Raja/Sultan, pemimpin ataupun alim ulama’. Saya mohon agar penasihat-penasihat agama memainkan peranan penting dalam memberi pandangan, teguran dan membuat perubahan agar syariat Islam dipatuhi sebaik-baiknya. Usahlah dibiarkan sahaja sesuatu yang bertentang dengan Islam demi rasa hormat terhadap seorang hamba Allah lain. Sesungguhnya setiap insan itu tiada bezanya di sisi Allah SWT dan Dia lebih berkuasa atas segalanya.

Kepada peniaga-peniaga di Kedah yang masih menggantung gambar Sultan tertentu sebagai ‘pelaris’ kedai, bertaubatlah! Perbuatan itu tidak ubah seperti menyembah berhala dan adalah perbuatan syirik terhadap Allah SWT. Mintalah pertolongan dengan cara berdoa kepada Allah SWT kerana hanya Dia pemberi rahmat kepada makhluk ciptaanNya.

Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa atau menyinggung mana-mana pihak. Anggaplah ia sebagai teguran prihatin dan ikhlas dari seorang hamba Allah kepada yang lain.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang bukan adalah dari saya sendiri. Sekian. Wassalam.

0 comments :

Post a Comment